Thursday, May 29, 2014

Hon dan di-Hon-kan

Salam,

Hi, apakah maksud semua ini?.. ni nak cerita ni. Tajuk dah tah apa-apa..haha

Okay, ceritanya macam ni. Semua jenis kereta kat atas bumi ni adakan benda yang bulat duduk tengah-tengah stering tu. Tu nama dia hon kan?..
Isunya di sini adalah aku cukup menyampah kalau orang yang drive kereta ke, lori ke, and paling menjengkelkan kalau orang yang bawa motor. Aduh!!! manusia yang ada kat atas jalan raya tu suka sangat kalau bawa kenderaan (kita guna perkataan kenderaan ye, bukanlah nak jadi skema tapi bukan kereta je yang ada hon..haha) lambat sikit je kat traffic light mesti mereka hon. Apa tidak bolehkah mereka bersabar?!! #nisebabselalukena ayat aku kalau dah agak-agak mengikut piawaian tatabahasa yang sebenar tu maknanya tengah marahlah tu. (hahaha) Okay, biasalah tu kalu kat traffic light lagi-lagi kalau kita ada belakang kenderaan lain mestilah kita kadang -kadang tak nampak kalau traffic light tu dah hijau and kita dah boleh gerak. Lagi-lagi kalau drive yang manual punya. Dahlah kena tarik handbreak kalau auto boleh tekan break lama-lama and lampu hijau terus gerak tapi kalau manual nak tekan break lama-lama potong kaki wei penat, sakit, lenguh dan macam-macam.

Lagi satu kalau mereka tengah tunggu orang. Tak boleh ke kalau tengah menunggu tu anda sabar atau kalau mereka yang ditunggu itu lembab sangat call je jangan tekan hon banyak kali. Ni lagi menyampah time aku nak tidur, tengah cari ilham nak tulis blog, tengah cari ilham nak buat skrip dan time yang tengah buat macam-macam lagi yang memerlukan ketenangan dan keheningan suasana tiba-tiba diganggu dengan bunyi bising yang tak diperlukan. Apakah semua ini?! Sampai satu tahap hilang semua idea aku. Mana lagi nak cari kalau semua tu hilang habaq mai??!! #marahbetulakuni


Banyak lagi situasi yang menyebabkan hon satu alat yang memudahkan manusia ni disalah guna. Tapi disebalik menyampahnya aku pada bunyi hon ni ada juga yang bagi aku patut digunakan hon in dalam sesetengah situasi contohnya ambulans yang tengah emergency ada pesakit nak pergi hospital so nak bgtau kenderaan depan suruh bagi lalulan mereka akan menekan hon disamping buat pegumuman besar-besaran. Selain itu, situasi lainnya adalah apabila kereta kita pancit ke,. rosak ke, kat tengah-tengah tempat terpencil yang memerlukan perhatian orang ramai bagi mengelakkan bahaya akibat keseorang. Jadi disini ada gunanya hon itu.


Ada satu kereta tu hak milik seseorang yang aku kenali which no name will be stated, dah sah-sah dia ada depan hospital dan ada pula papan tanda dilarang membunyikan hon. Ada ke patut di nak panggil kawan dia dia tekan hon sampai 5 minit semata-mata nak menarik perhatian kawan yang ditunggunya. By the way, aku tahu cerita ni sebab aku ada dalam kereta tu. So aku tehurlah kenapa tak call je?. Jawapan dia nanti kredit aku habis, OMG OMG!!..naik sengal pulak kepala otak aku dengar jawapan dia. Kereta HONDA CITY siap modify bagai habis duit tiap bulan sampai 3 ke 4 ribu but 32 sen panggilan maxis ke maxis seminit kau cakap takut kredit habis??... What the f....fish!! macam ni punya orang pun ada ke?... Jadi at the end nya aku cakap tak pe aku call, ko diam jangan tekan hon tu tak pasal-pasal abang polis kat depan tu datang sini baru kau tau kne bayar saman benda yang paling tak berbaloi nak keluar duit sebab boleh elak kalau patuh keselamatan di atas jalan raya.


And lagi satu, lori oh lori kau bawa laju-laju kat atas jalan raya tu macam jalan raya tu kau sorang je bayar cukai jalan lepas tu kau tak dapat potong kau hon kuat-kuat lagu satu motorsikal, ha! yang ni lagi menyampah kau dah lah kecil lepas tu kau cuba potong kereta aku tapi tak lepas kau hon aku kat tariffic light?... pftt.


Kesimpulan, aku menyampah orang salah guna hon kenderaan yang ada. Aku tak suka tekan dan aku tak suka orang tekan hon kenderaan mereka pada aku. Andai aku ada power macam superman tu siapa tekan hon kat aku, aku fire leser ikut mata aku. (haha) Sekian habis dah idea aku sebab bunyi hon kereta rumah sebelah yang tiap-tiap malam berbunyi. Dari tak rosak kereta tu sampi dua tiga kali rosak. Tak boleh ke akak jaga anak akak tu kalau tunggu dalam kereta jangan tekan hon??.. One more, kenapa suruh budak empat tahun tunggu dalam kereta?.. #entahlantakkaulah



Sunday, April 27, 2014

Tudung dan Si Pemakainya

Salam,

Ok. Alkisahnya, pagi tadi aku gi kedai sebab mak aku suruh gi beli cili kering sebab cili kering kat rumah dah habis nak buat cili boh. Lepastu aku terdengarlah ada dua tiga orang mak cik ni bercerita pasal kes seorang nenek yang terkenal cakap pasal tudung. Walaupun kes ni dah lepas dua minggu lalu dan aku pun malas nak fikir sangat pasal nenek tu tapi apa yang di bualkan oleh mak cik tu sangat menarik perhatian aku. Isinya macam ni: (sila baca dalam loghat Pahang)

Mak cik 1: apa kejadahnya kot nak pakai tudung kena tunggu sembyang cukop. Anok dare aku kot tak pake tudung mau kene tibai ngan laki aku.
Mak cik 2: Tau takpe. Nak tunggu kot esk smayg cukup lmbt lagi lah tu. Kalu kecik beso tapak tangan dulu nak mengajo diri sembayang buleh ler kot mase tu hati lembut dok kering. Kekgi Tuhan tarik nyawe kot tepi jalan ke, dalam tidur ke langsung tak de ape pun dpt nyer.
Mak cik 1: Ni lagi ada ke patut dier cakap kot pake tudung perangei buruk lagi teruk dari hok dok pake tudung. Kekdahnyer dia dah pake tudung lepeh doh satu dosa. Tapi awok bertambah-tambah...

Dot dot dot sebab aku dah naik motor balik rumah mak aku nak masak. haha... tak tahu lah mana lagi arah tuju perbualan mak cik-mak cik tu. Hari dah pukul sepuluh pagi tak balik masak ke dorang??... ok serius tu bukan masalah aku.haha.

Yang menarik perhatian aku tentang perbualan mak cik tu adalah teringat aku mengenai ayat yang sering aku dan mungkin anda dengar orang selalu kata yang bersangkut paut iaitu "buat apa pakai tudung kalau perangai buruk" atau "pakai tudung ni kena ikhlas baru dapat pahala" atau mungkin " hidayah Allah tak sampai lagi, InsyaAllah doakan satu hati nanti hati terbuka." Mungkin ada yang membaca merasakan bahawa aku bukanlah orang yang layak menegur atau mungkin ada yang berfikiran"macam kau baik sangat" dan sesungguhnya aku sendiri merasakan bahawa cerita pasal tudung apa yang aku tahu?.. tapi yang aku tahu sesuatu iaitu pakai tudung secara khususnya pada bahagian kepala dan menutup aurat secara amnya di seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan bagi seorang wanita muslim adalah WAJIB. Itu perkara asas kalau kita belajar kat darjah satu sekolah rendah dulu.

Disini aku sekadar ingin memberi pendapat so lets get serious!!!.. *wink (Hanya pendapat semata-mata)

Mengenai frasa "buat apa pakai tudung kalau perangai buruk"
sejujurnya aku merasakan bahawa seburuk-buruk perangai atau perilaku wanita yang sudah bertudung ni, sekurang-kurangnya mereka telah menunaikan kewajipan mereka untuk menutup bahagian anggota badannya yang disuruh tutup dari pandangan masyarakat terutama yang bukan mahramnya. Biarkan perangai mereka buruk tak bermakna aku menyokong tapi dalam konteks aurat dan tudung ini mereka berjaya menunaikan kewajipan dan setiap manusia itu ada buruk dan baiknya. Tiada yang sempurna tapi bagi setiap yang tak sempurna itu akan nampak kelemahannya dan bagi setiap kelemahan akan datang kekuatan. Ustaz aku masa mengaji petang lepas balik sekolah dulu ada cakap "Muslim yang baik belum tentu cukup amalnya tapi Muslim yang cukup amalnya adalah seorang muslim yang baik... "

Mengenai frasa "pakai tudung ni niat kena ikhlas baru dapat pahala"
- ya keikhlasan itu adalah satu bentuk ciri atau nilai yang paling diperlukan dalam setiap amalan yang dilaksanakan sehari-harian. Tapi mana mungkin bagi setiap satu benda atau perkara yang belum pernah dilakukan oleh diri sendiri akan dapat keikhlasannya. Pernah tak anda melakukan sesuatu yang baik dengan penuh rasa malas dan berat hati?..tapi anda tetap lakukan sehingga siap tapi rasa puas hati?..sebagai contoh mak suruh pergi kedai tapi masa tu anda mengantuk tapi mak suruh juga jadi dengan penuh rasa malas dan sakit hati anda melangkah ke kedai dan apabila pulang anda serahkan barang yang disuruh beli oleh mak anda daa dia masak sedap-sedap. Rasa puas hatikan... Jadinya setiap benda baru yang kita ingin lakukan biar tiada keikhlasan tapi lama-lama pasti timbul rasa tenang dan senang. Mungkin pakai tudung dengan niat berfesyen menjadi satu kesalahan di mata masyarakat tapi semakin lama anda pakai akan timbul rasa kebiasaan dan apabila timbul rasa kebiasaan maka timbullah rasa ikhlas yang tak dipaksa.

Mengenai frasa "hidayah Allah tak sampai lagi, InsyaAllah doakan satu hati nanti hati terbuka."
- pada pendapat saya aurat itu adalah satu asas yang sudah diketahui akan halalnya pada siapa dan haramnya dimata siapa. Jadi menunggu hidayah Allah untuk menutupnya adalah satu bentuk perbuatan yang menangguh.Tambahan pula jika kita sememangnya dilahirkan muslim. Mendoakan keterbukaan hati mungkin satu tindakan yang baik supaya kita mampu mengubah diri menjadi yang lebih baik.

Serius aku bukan nak sindir atau menegur sesiapa tambahan pula aku sendiri pun banyak yang kurang cuma cam panas je telinga dengar orang yang bercakap ikut sedap mulut. Aku paling panas bila ada orang yang mengutuk sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.  Dengar mak cik-mak cik kat kedai tu cakap buat aku rasa kalau apa yang mak cik tu cakap ramai yang dengar mungkin ada pengajaranya. Biar sedikit asal ada dari tiada tapi banyak bunyi pula.

Macam-macam warna ada, nak beli untuk nenek-nenek akulah raya nanti. Biar dorang bergaya dengan sedikit kelainan tahun ni.hehehe

Sekian...Salam...

Wednesday, April 16, 2014

Temptation of Wife

Hi,

Ingat tak dulu pukul 3 petang setiap hari Isnin sampai Khamis ada je cerita atau drama-drama dari Mexico atau negara-negara Latin disiarkan di tv3. Dan sejak dari tu slot kat tv3 pada jam 3 petang tu di namakan slot Telenovela. Banyaklah telenovela yang best disiarkan macam... sure ramai tahu cerita-cerita ni antaranya Rosalinda (ayamor), Rubi, La Intrusa, Lalola, Marimar dan lain-lain. Tapi sejak akhir-akhir ni cerita yang disiarkan adalah asalnya dari negara asia yang pernah dijajah kuasa latin ia itu Filipina. Bagi yang tak tahu gi lah baca sejarah dorang. Apa-apapun kalau salah maaf seribu kali maaf...

Tapi nasib baik cerita atau telenovela dorang ni tak kurang hebatnya walaupun kebanyakan yang masuk atau disiarkan kat Malaysiaku tercinta ni adalah drama tv yang diadaptasikan dari drama tv popular dari pelbagai negara. Contohnya: 

FULL HOUSE


Filipiana punya adaptasi...


Yang ni original punya dari Korea

Walaubagaimanapun, cerita adaptasi dorang ni tak kurang hebatnya malahan sama hebat sekaligus mendapat tempat di hati para penonton tak kiralah dari mana pun mereka. Tapi bertepatan dengan tajuk diatas, post kali ni bukanlah nak post pasal telenovela Full House ke Marimar ke dan bukan juga berkenaan apa yang telah di tulis diatas.haha. Tapi nak cerita pasal telenovela terbaru yang telah disiarkan di slot telenovela di tv3 iaitu TEMPTATION OF WIFE.

Ada apa dengan drama ini?.. ada.. iaitu drama ini juga adalah drama atau telenovela adaptasi dari sebuah drama korea dengan tajuk yang sama. Telenovela yang diterajui oleh Ratu Drama Filipina ia itu Marian Rivera dan Glaiza de Castro ini sangat best sama best dengan cerita asalnya dari korean itu. Jadi bagi yang belum menontonnya bolehlah ditonton di tv3 di slot telenovela of course pada jam 3 petang setiap hari isnin sampai khamis atau bagi yang ketinggalan untuk menontonya jangan risau sebab anda masih boleh tonton dimana lagi kalau bukan di TONTON.com.

Serba sedikit pasal cerita ni ye. Ceritanya berkisah tentang Angeline (Rivera) yang telah dimengandungkan oleh Marcel (Trillo) masa masih lagi bergelar seorang pelajar di sebuah instutut. Jadi nak tutup aib ayah si Angeline ni mintalah dia kahwin dengan Marcel ni dan ayah Marcel ni setuju , jadi dorang pun kahwinlah. Masa dah kahwin tu Angeline ni gugurlah pula lepas jatuh ditolak oleh nenek sihir aka mak si Marcel secara tak sengaja. Lepas pada tu dia dah tak boleh mengandung jadi nak dijadikan cerita si Marcel player ni curanglah dengan Heidi (de Castro) kawan baik Angeline. Lepas sekian lama, Angeline dapat tahu tentang hal kecurangan suami dia so apa lagi setelah banyak pengorbanan dia lakukan dia dah hilang sabar. Jadi dia berhasrat untuk balas dendam....

Tu je lah yang aku boleh cakap nak tahu lebih lagi gi TONTON...hehehe 


Temptation of Wife
tv3 jam 3p.m
Isnin-Khamis

Tuesday, April 15, 2014

Kini Kembali......

Kini aku kembali, tapi kemanakah aku pergi?... satu soalan yang aku sendiri tak terjawab sebabnya?... aku sendiri tiada jawapan bagi soalan itu. Blog yang dulu aku padam, uish sayang memang sayang tapi kena padam sebab blog yang dulu tu penuh dengan umpatan dan makian. Almakumlah zaman budak-budak lagi dah mengada nak ada blog sendiri tapi hasilnya?... penyalahguaanlah yang berlaku. Rasa tak puas hati je luah kat blog. Rasa sakit hati je luah kat blog. Dan yang tak boleh blanya kalau cerita tu pasal orang yang tak mungkin pembaca kenali tak pe juga tapi dan2 cerita umpatan dan makian itu adalah tentang rakan sekelasku di kolej dan lagi yang follow dan baca blog aku yang dulu tu kawan-kawan kolej aku juga tak pasal-pasal je keburukan orang-orang tertentu ni tersebar dan malu wo!! nak gi kolej esok.  Dan mungkin atas rasa tanggungjawab, rasa bersalah dan kematangan fikiran, semua itu aku tinggalkan. Wah!! ayat macam orang bijak pandai. hahaha. Jadi untuk post pertama sekaligus sebagai pembukaan lembah baru penulisan aku ni (ayat skema) aku berjanji tak akan sesekali menulis sesuatu yang memudaratkan dan mengaibkan orang dan jika ada cerita-cerita tulisan aku selepas ini menuju kearah jalan-jalan bersimpang itu maka dengan lafaz yang penuh rendah diri aku memohon maaf dulu dan itu sekadar cerita dan mungkin teguran atau mungkin pendapat aku semata-mata. (adeh!)