Wednesday, April 16, 2014

Temptation of Wife

Hi,

Ingat tak dulu pukul 3 petang setiap hari Isnin sampai Khamis ada je cerita atau drama-drama dari Mexico atau negara-negara Latin disiarkan di tv3. Dan sejak dari tu slot kat tv3 pada jam 3 petang tu di namakan slot Telenovela. Banyaklah telenovela yang best disiarkan macam... sure ramai tahu cerita-cerita ni antaranya Rosalinda (ayamor), Rubi, La Intrusa, Lalola, Marimar dan lain-lain. Tapi sejak akhir-akhir ni cerita yang disiarkan adalah asalnya dari negara asia yang pernah dijajah kuasa latin ia itu Filipina. Bagi yang tak tahu gi lah baca sejarah dorang. Apa-apapun kalau salah maaf seribu kali maaf...

Tapi nasib baik cerita atau telenovela dorang ni tak kurang hebatnya walaupun kebanyakan yang masuk atau disiarkan kat Malaysiaku tercinta ni adalah drama tv yang diadaptasikan dari drama tv popular dari pelbagai negara. Contohnya: 

FULL HOUSE


Filipiana punya adaptasi...


Yang ni original punya dari Korea

Walaubagaimanapun, cerita adaptasi dorang ni tak kurang hebatnya malahan sama hebat sekaligus mendapat tempat di hati para penonton tak kiralah dari mana pun mereka. Tapi bertepatan dengan tajuk diatas, post kali ni bukanlah nak post pasal telenovela Full House ke Marimar ke dan bukan juga berkenaan apa yang telah di tulis diatas.haha. Tapi nak cerita pasal telenovela terbaru yang telah disiarkan di slot telenovela di tv3 iaitu TEMPTATION OF WIFE.

Ada apa dengan drama ini?.. ada.. iaitu drama ini juga adalah drama atau telenovela adaptasi dari sebuah drama korea dengan tajuk yang sama. Telenovela yang diterajui oleh Ratu Drama Filipina ia itu Marian Rivera dan Glaiza de Castro ini sangat best sama best dengan cerita asalnya dari korean itu. Jadi bagi yang belum menontonnya bolehlah ditonton di tv3 di slot telenovela of course pada jam 3 petang setiap hari isnin sampai khamis atau bagi yang ketinggalan untuk menontonya jangan risau sebab anda masih boleh tonton dimana lagi kalau bukan di TONTON.com.

Serba sedikit pasal cerita ni ye. Ceritanya berkisah tentang Angeline (Rivera) yang telah dimengandungkan oleh Marcel (Trillo) masa masih lagi bergelar seorang pelajar di sebuah instutut. Jadi nak tutup aib ayah si Angeline ni mintalah dia kahwin dengan Marcel ni dan ayah Marcel ni setuju , jadi dorang pun kahwinlah. Masa dah kahwin tu Angeline ni gugurlah pula lepas jatuh ditolak oleh nenek sihir aka mak si Marcel secara tak sengaja. Lepas pada tu dia dah tak boleh mengandung jadi nak dijadikan cerita si Marcel player ni curanglah dengan Heidi (de Castro) kawan baik Angeline. Lepas sekian lama, Angeline dapat tahu tentang hal kecurangan suami dia so apa lagi setelah banyak pengorbanan dia lakukan dia dah hilang sabar. Jadi dia berhasrat untuk balas dendam....

Tu je lah yang aku boleh cakap nak tahu lebih lagi gi TONTON...hehehe 


Temptation of Wife
tv3 jam 3p.m
Isnin-Khamis

No comments:

Post a Comment