Tuesday, April 15, 2014

Kini Kembali......

Kini aku kembali, tapi kemanakah aku pergi?... satu soalan yang aku sendiri tak terjawab sebabnya?... aku sendiri tiada jawapan bagi soalan itu. Blog yang dulu aku padam, uish sayang memang sayang tapi kena padam sebab blog yang dulu tu penuh dengan umpatan dan makian. Almakumlah zaman budak-budak lagi dah mengada nak ada blog sendiri tapi hasilnya?... penyalahguaanlah yang berlaku. Rasa tak puas hati je luah kat blog. Rasa sakit hati je luah kat blog. Dan yang tak boleh blanya kalau cerita tu pasal orang yang tak mungkin pembaca kenali tak pe juga tapi dan2 cerita umpatan dan makian itu adalah tentang rakan sekelasku di kolej dan lagi yang follow dan baca blog aku yang dulu tu kawan-kawan kolej aku juga tak pasal-pasal je keburukan orang-orang tertentu ni tersebar dan malu wo!! nak gi kolej esok.  Dan mungkin atas rasa tanggungjawab, rasa bersalah dan kematangan fikiran, semua itu aku tinggalkan. Wah!! ayat macam orang bijak pandai. hahaha. Jadi untuk post pertama sekaligus sebagai pembukaan lembah baru penulisan aku ni (ayat skema) aku berjanji tak akan sesekali menulis sesuatu yang memudaratkan dan mengaibkan orang dan jika ada cerita-cerita tulisan aku selepas ini menuju kearah jalan-jalan bersimpang itu maka dengan lafaz yang penuh rendah diri aku memohon maaf dulu dan itu sekadar cerita dan mungkin teguran atau mungkin pendapat aku semata-mata. (adeh!)



No comments:

Post a Comment