Ok. Alkisahnya, pagi tadi aku gi kedai sebab mak aku suruh gi beli cili kering sebab cili kering kat rumah dah habis nak buat cili boh. Lepastu aku terdengarlah ada dua tiga orang mak cik ni bercerita pasal kes seorang nenek yang terkenal cakap pasal tudung. Walaupun kes ni dah lepas dua minggu lalu dan aku pun malas nak fikir sangat pasal nenek tu tapi apa yang di bualkan oleh mak cik tu sangat menarik perhatian aku. Isinya macam ni: (
Mak cik 1: apa kejadahnya kot nak pakai tudung kena tunggu sembyang cukop. Anok dare aku kot tak pake tudung mau kene tibai ngan laki aku.
Mak cik 2: Tau takpe. Nak tunggu kot esk smayg cukup lmbt lagi lah tu. Kalu kecik beso tapak tangan dulu nak mengajo diri sembayang buleh ler kot mase tu hati lembut dok kering. Kekgi Tuhan tarik nyawe kot tepi jalan ke, dalam tidur ke langsung tak de ape pun dpt nyer.
Mak cik 1: Ni lagi ada ke patut dier cakap kot pake tudung perangei buruk lagi teruk dari hok dok pake tudung. Kekdahnyer dia dah pake tudung lepeh doh satu dosa. Tapi awok bertambah-tambah...
Dot dot dot sebab aku dah naik motor balik rumah mak aku nak masak. haha... tak tahu lah mana lagi arah tuju perbualan mak cik-mak cik tu. Hari dah pukul sepuluh pagi tak balik masak ke dorang??... ok serius tu bukan masalah aku.haha.
Yang menarik perhatian aku tentang perbualan mak cik tu adalah teringat aku mengenai ayat yang sering aku dan mungkin anda dengar orang selalu kata yang bersangkut paut iaitu "buat apa pakai tudung kalau perangai buruk" atau "pakai tudung ni kena ikhlas baru dapat pahala" atau mungkin " hidayah Allah tak sampai lagi, InsyaAllah doakan satu hati nanti hati terbuka." Mungkin ada yang membaca merasakan bahawa aku bukanlah orang yang layak menegur atau mungkin ada yang berfikiran"macam kau baik sangat" dan sesungguhnya aku sendiri merasakan bahawa cerita pasal tudung apa yang aku tahu?.. tapi yang aku tahu sesuatu iaitu pakai tudung secara khususnya pada bahagian kepala dan menutup aurat secara amnya di seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan bagi seorang wanita muslim adalah WAJIB. Itu perkara asas kalau kita belajar kat darjah satu sekolah rendah dulu.
Disini aku sekadar ingin memberi pendapat so lets get serious!!!.. *wink (Hanya pendapat semata-mata)
Mengenai frasa "buat apa pakai tudung kalau perangai buruk"
- sejujurnya aku merasakan bahawa seburuk-buruk perangai atau perilaku wanita yang sudah bertudung ni, sekurang-kurangnya mereka telah menunaikan kewajipan mereka untuk menutup bahagian anggota badannya yang disuruh tutup dari pandangan masyarakat terutama yang bukan mahramnya. Biarkan perangai mereka buruk tak bermakna aku menyokong tapi dalam konteks aurat dan tudung ini mereka berjaya menunaikan kewajipan dan setiap manusia itu ada buruk dan baiknya. Tiada yang sempurna tapi bagi setiap yang tak sempurna itu akan nampak kelemahannya dan bagi setiap kelemahan akan datang kekuatan. Ustaz aku masa mengaji petang lepas balik sekolah dulu ada cakap "Muslim yang baik belum tentu cukup amalnya tapi Muslim yang cukup amalnya adalah seorang muslim yang baik... "
Mengenai frasa "pakai tudung ni niat kena ikhlas baru dapat pahala"
- ya keikhlasan itu adalah satu bentuk ciri atau nilai yang paling diperlukan dalam setiap amalan yang dilaksanakan sehari-harian. Tapi mana mungkin bagi setiap satu benda atau perkara yang belum pernah dilakukan oleh diri sendiri akan dapat keikhlasannya. Pernah tak anda melakukan sesuatu yang baik dengan penuh rasa malas dan berat hati?..tapi anda tetap lakukan sehingga siap tapi rasa puas hati?..sebagai contoh mak suruh pergi kedai tapi masa tu anda mengantuk tapi mak suruh juga jadi dengan penuh rasa malas dan sakit hati anda melangkah ke kedai dan apabila pulang anda serahkan barang yang disuruh beli oleh mak anda daa dia masak sedap-sedap. Rasa puas hatikan... Jadinya setiap benda baru yang kita ingin lakukan biar tiada keikhlasan tapi lama-lama pasti timbul rasa tenang dan senang. Mungkin pakai tudung dengan niat berfesyen menjadi satu kesalahan di mata masyarakat tapi semakin lama anda pakai akan timbul rasa kebiasaan dan apabila timbul rasa kebiasaan maka timbullah rasa ikhlas yang tak dipaksa.
Mengenai frasa "hidayah Allah tak sampai lagi, InsyaAllah doakan satu hati nanti hati terbuka."
- pada pendapat saya aurat itu adalah satu asas yang sudah diketahui akan halalnya pada siapa dan haramnya dimata siapa. Jadi menunggu hidayah Allah untuk menutupnya adalah satu bentuk perbuatan yang menangguh.Tambahan pula jika kita sememangnya dilahirkan muslim. Mendoakan keterbukaan hati mungkin satu tindakan yang baik supaya kita mampu mengubah diri menjadi yang lebih baik.
Serius aku bukan nak sindir atau menegur sesiapa tambahan pula aku sendiri pun banyak yang kurang cuma cam panas je telinga dengar orang yang bercakap ikut sedap mulut. Aku paling panas bila ada orang yang mengutuk sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang. Dengar mak cik-mak cik kat kedai tu cakap buat aku rasa kalau apa yang mak cik tu cakap ramai yang dengar mungkin ada pengajaranya. Biar sedikit asal ada dari tiada tapi banyak bunyi pula.
Macam-macam warna ada, nak beli untuk nenek-nenek akulah raya nanti. Biar dorang bergaya dengan sedikit kelainan tahun ni.hehehe
Sekian...Salam...